Thursday 26 April 2012

Taj Mahal

Taj Mahal

Taj Mahal
-terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India
-merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada tahun 1632 dan siap tahun 1648.
-Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain.


28 batu-batuan indah dari berbagai wilayah Asia digunakan. Seperti batu pasir merah dari Fatehpur Sikri, jasper dari Punjab, jade dan kristal dari Cina, batu pirus dari Tibet, lapis lazuli dan safir dari Srilanka, batubara dan batu kornelian dari Arab, dan berlian dari Panna. Lantainya pun terbuat dari pualam yang bercahaya dari Makrana, Rajasthan.

Sebab-sebab pembinaan Taj Mahal:


gerbang masuk utama

Bangunan itu berawal dari sebuah janji. Berpangkal dari tahun 1631, saat Mumtaz Mahal terbaring sekarat di sisi suaminya Shah Jehan, setelah melahirkan anak ke-14 bagi sang raja. Perempuan itu menagih empat janji dari sang raja. Pertama memohon dibangunya sebuah Taj, kedua memintanya tidak kimpoi lagi, ketiga menuntut perlakuan baik suaminya pada anak-anak mereka, dan terakhir memintanya untuk mengunjungi makamnya secara teratur. Tak lama kemudian Mumtaz mahal pun meninggal.
taman yang mengelilingi bangunan utama
Shah Jehan sangat terpukul dengan kematian istrinya, namun ia segera mewujudkan janji bagi sang isteri tercinta. Maka ia memerintahkan pembangunan sebuah Taj pada 1631. Selama 2 tahun Shah Jehan mengurung diri dan berkabung. Lantas pada 1633, ia akhirnya menekankan pembangunan sebuah makam bagi isterinya di dalam bangunan yang sedang dikerjakan itu.

Kuil Artemis


Artemis Kuil Ruins

Kuil Artemis

Kuil/Candi Artemis terletak di Ephesua, sebuah bandar Yunani purba sekitar 50 Km dari bandar Izmir, Turki. Kuil ini didedikasikan untuk Artemis, dewi Yunani, pemburu wanita yang perawan dan juga kembar kepada Apollo, yang menduduki tempat Titam Selene sebagai Dewi Bulan.

Dewa ini amat dihormati sebagai ikon pra-Yunani kuno. Patung asil yang diwakili untuk Artemis diukir pada kayu. Patung memiliki payudara yang banyak bagi melambangkan kesuburannya, dan bukan kepada keperawanan yang Hellenic Artemis miliki.





Candi ini dibina, musnah dan dibina berkali-kali sejak Zaman Gangsa (Bronze Age). Namun begitu, candi yang disenaraikan sebagai salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia adalah projek 120 tahun yang bermula oleh Croesus dari Lydia. Antipater dari Sidon mengambarkan kuil dengan menggunakan kata-kata berikut:

"Aku telah menetapkan mata di dinding Babel tinggi yang merupakan jalan bagi kereta, dan patung Zeus oleh Alfeus, dan taman gantung, dan raksasa dari Sun, dan tenaga kerja besar piramid tinggi, dan makam luas Maussolios, tetapi ketika aku melihat rumah Artemis yang naik ke awan, keajaiban yang lain hilang keindahan masing-masing, dan aku berkata, Lo, selain Olympus, Matahari pernah terlihat pada apa pun (apapun) begitu megah."



Piny adalah yang menggambarkan candi dengan lebih terperinci. Menurut keteranggannya candi itu 115m (377 kaki) panjang dan 55m (180 kaki) lebar dengan suatu daerah tiga kali lebih besar daripada Parthenon di Athens. Ia dibuat terutamanya daripada marmar dan disertakan dalam colonnades 127 kolum Ionik, setiap kolum adalah 18m (60 kaki) tingginya. Candi itu selalu dikelilingi oleh para paderi (lelaki mahu pun wanita), pendeta, pemuzik, penari, dan akrobat.

Candi Borobodur

-Candi Borobudur merupakan candi terbesar di Indonesia.
-Candi Borobudur menjadi pusat ibadat bagi penganut Buddha di Indonesia khususnya pada setiap perayaan Waisak. 
-Candi Borobudur dibangun oleh para penganut agama Buddha Mahayana.
-Pendiri Candi Borobudur yaitu Raja Samaratungga yang berasal dari wangsa atau dinasti Syailendra. 
-arsitek yang berjasa membangun candi ini menurut kisah turun-temurun bernama Gunadharma.
-erti nama Borobudur yaitu "biara di perbukitan", yang berasal dari kata "bara" (candi atau biara) dan "beduhur" (perbukitan atau tempat tinggi) dalam bahasa Sansekerta. 
-Kerana itu, sesuai dengan erti nama Borobudur, maka tempat ini sejak dahulu digunakan sebagai tempat ibadat penganut Buddha.


-Candi Borobudur memiliki 10 tingkat yang terdiri dari 6 tingkat berbentuk bujur sangkar, 3 tingkat berbentuk bundar melingkar dan sebuah stupa utama sebagai puncaknya.
- Di setiap tingkat terdapat beberapa stupa. Seluruhnya terdapat 72 stupa selain stupa utama.
-Di setiap stupa terdapat patung Buddha.
-Sepuluh tingkat menggambarkan filsafat Buddha yaitu sepuluh tingkatan Bodhisattva yang harus dilalui untuk mencapai kesempurnaan menjadi Buddha di nirwana.
-Kesempurnaan ini dilambangkan oleh stupa utama di tingkat paling atas.
-Di keempat sisi candi terdapat pintu gerbang dan tangga ke tingkat di atasnya seperti sebuah piramida.
-Hal ini menggambarkan filosofi Buddha iaitu semua kehidupan berasal dari bebatuan. Batu kemudian menjadi pasir, lalu menjadi tumbuhan, lalu menjadi serangga, kemudian menjadi binatang liar, lalu binatang peliharaan, dan terakhir menjadi manusia. Proses ini disebut sebagai reinkarnasi. Proses terakhir adalah menjadi jiwa dan akhirnya masuk ke nirwana.
-Setiap tahapan pencerahan pada proses kehidupan ini berdasarkan filosofi Buddha digambarkan pada relief dan patung pada seluruh Candi Borobudur.
-Bangunan raksasa ini hanya berupa tumpukan balok batu raksasa yang memiliki ketinggian 42 meter.
-Setiap batu disambung tanpa menggunakan semen atau perekat. Batu-batu ini hanya disambung berdasarkan pola dan ditumpuk.
-Bahagian dasar Candi Borobudur berukuran sekitar 118 m pada setiap sisi.
-Batu-batu yang digunakan kira-kira sebanyak 55.000 meter kubik. Semua batu tersebut diambil dari sungai di sekitar Candi Borobudur. Batu-batu ini dipotong lalu diangkut dan disambung dengan pola seperti permainan lego. Semuanya tanpa menggunakan perekat atau semen.
-Setiap tahun pada bulan purnama penuh pada bulan Mei (atau Juni pada tahun kabisat), umat Buddha di Indonesia memperingati Waisak di Candi Borobudur. Waisak diperingati sebagai hari kelahiran, kematian dan saat ketika Siddharta Gautama memperoleh kebijaksanaan tertinggi dengan menjadi Buddha Shakyamuni. Ketiga peristiwa ini disebut sebagai Trisuci Waisak.
- Candi Borobudur telah menjadi tempat suci bagi penganut Buddha di Indonesia dan menjadi pusat perayaan tahunan paling penting penganut Buddha iaitu Waisak.

Taman Tergantung Babylon

-taman bergantung Babylon ini merupakan sebuah persembahan cinta.
-Taman ini dibina oleh Nebukadnezar II dikhas bagi Amytis, permaisuri tercintanya yang berasal dari kerajaan Media. Kerajaan Media berpusat di pergunungan Persia (Iran).
-Kemahuan Amytis besar di antara hijaunya pergunungan, serta sejuknya tiupan angin. Keadaan kerajaannya berbeza dengan Babylon.
-Babylon merupakan wilayah datar, kering, dan panas. Ini membuat Amytis selalu terkenang akan hijaunya hutan Media. Ia rindu kembali ke kampung halamannya.
-Untuk mengubati kerinduan isterinya Raja Nebukadnezar memerintahkan, untuk membina sebuah taman rendang di dataran tinggi. 
-Taman itu dibina di timur sungai Eufrat (Euphrates), sekitar 50 km selatan Baghdad, Iraq.
-lebar taman ini 400 kaki, panjangnya 400 kaki dan tingginya sekitar 80 kaki. Taman ini berdiri di atas ‘alas’ yang diperbuat dari batu bata yang ditutup aspal dan keramik (tanah liat dibakar).
 Berfungsi untuk mencegah masuknya resapan air ke tanah yang berkemungkinan besar akan meroboh kestabilan taman.
-Herodotus mengungkapkan, bahawa taman ini terletak di dalam dinding istana yang berlapis emas yang panjangnya mencapai 56 mil.
-Jalan taman ini sangat lebar hingga membolehkan kereta yang ditarik empat ekor kuda untuk berpatah balik.
-Di sini juga berdiri kuil-kuil pemujaan yang berisi patung dewa dari emas. 
-Taman ini dibuat bertingkat, lebih tinggi dari bangunan lain di kota Babylon, menimbulkan ilusi ‘tergantung di udara’.
-Kesan ini makin jelas bila taman dilihat dari balik rumah-rumah penduduk.
- Semua tanaman akan kelihatan tergantung di atas atap perumahan. Inilah sebabnya kenapa taman itu dinamakan taman tergantung
-taman itu dibina oleh Nebuchadnezzar untuk menghibur isterinya yang sangat suka berada di daerah yang dikelilingi oleh pergunungan.



Menara Pisa


Pembinaannya pada tahun 1154. Hanya tiga tingkat daripada lapan tingkat menara itu yang dapat disiapkan sebelum menjadi condong disebabkan oleh kelembapan tanah liat yang tidak dapat menyokong keseluruhan bangunan itu. Menara yang mempunyai ketinggian 56 meter ini didapati semakin senget dan keadaan ini telah mencetuskan kebimbangan kepada para arkitek bahawa bangunan ini tersembam ke tanah dalam sedikit masa lagi. Namun begitu, selepas hampir setahun berlalu, Menara Pisa masih berdiri dengan kukuh dan berbagai-bagai usaha telah dibuat untuk memastikan binaan ini terus berada pada posisi asalnya. Sebagaimana binaan lain, pembinaan Menara Pisa mengambil masa 200 tahun untuk disiapkan. Pembinaan menara ini tergendala beberapa kali kerana keadaan tanah yang mendap dan masalah kewangan.

Para jurutera yang membina menara ini berasa ragu-ragu untuk meneruskan kerja-kerja pembinaan kerana khuatir bangunan ini akan tumbang sebelum dapat disiapkan. Biarpun kebimbangan itu berasas tetapi tidak pernah menjadi kenyataan, lantas menjadikan menara ini terus diselubungi dengan misteri mengenai kedudukannya yang senget itu. Arkitek yang bertanggungjawab membina menara ini ialah Bonanno Pisano. Beliau hanya sempat menyiapkan tiga tingkat sahaja sebelum menghilangkan diri. Terdapat berbagai-bagai jawapan telah cuba diutarakan untuk menjelaskan kehilangannya.

Ada pengkaji menyatakan bahawa Pisano berhenti kerana dapat melihat bencana yang bakal melanda menara itu. Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa menara itu sengaja dicondongkan oleh Pisano bagi menunjukkan kehebatannya sebagai seorang ahli arkitek yang tersohor pada zamannya.

Hampir 90 tahun bangunan itu dibiarkan sehingga seorang arkitek bernama Giovanni dari Simone menyambung pembinaannya. Seperti Pisano, arkitek itu hanya mampu menyiapkan tiga tingkat bermula daripada tingkat lima, enam dan tujuh. Menara itu hanya dapat disiapkan sepenuhnya 80 tahun kemudian dengan pembinaan tingkat lapan yang berkubah. Dalam kubah itu ditempatkan beberapa buah loceng yang setiap satunya seberat satu setengah tan. Loceng itu akan dibunyikan bagi merayakan sesuatu kemenangan dan tanda berlakunya kematian. Kini loceng itu tidak lagi dibunyikan bagi mengelakkan sebarang getaran yang boleh meretak dan meranapkan menara itu. Bagi menghindarkannya daripada menyembah bumi, para saintis telah mengikat menara ini dengan kabel logam. Kabel itu berperanan sebagai sokongan kepada Menara Pisa yang didapati condong satu inci pada setiap tahun.

Kenapakah Menara Pisa boleh condong sedangkan bangunan di kawasan sekitarnya berada dalam keadaan yang elok. Kajian yang dibuat pada tapak binaan itu mendapati tanahnya mengandungi pasir dan tanah liat yang tidak stabil serta mengandungi kuantiti air yang banyak. Tapak yang menjadi asas pembinaan menara itu pula merupakan bekas lagun lama yang mengalami kesan pasang surut air. Malahan kesan pasang surut itu masih lagi berlaku sehingga kini menyebabkan mendapan berlaku dan mengakibatkan menara itu terus condong ke sebelah kiri. Walaupun Menara Pisa dibina dengan asas lantai dan konkrit setebal 13 kaki tetapi masih tidak dapat menampung beban dan berat menara seberat 14,500 tan. Sebarang bentuk pergerakan yang berlaku di bawah tanah sudah tentunya akan menyebabkan menara ini rebah. Yang lebih menakjubkan ialah gempa bumi yang berlaku pada tahun 1846 tidak sedikit pun menjejaskan struktur Menara Pisa.

Sesungguhnya menara ini mempunyai daya ketahanan yang cukup hebat. Jika tidak, sudah lama menara ini rebah menyembah bumi. Bagi mengelakkan sebarang kemungkinan daripada berlaku maka kenderaan bermotor dilarang menghampiri menara itu. Pada masa yang sama, pelbagai ikhtiar sedang dijalankan untuk mempertahankan mercu tanda yang menjadi kebanggaan warisan tamadun barat. Selain menjadi daya tarikan jutaan pelancong, bangunan ini mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Menara Pisa memiliki nilai seni dan estetika yang mengagumkan.

Sesiapa yang berpeluang mendaki 294 anak tangga menuju ke puncaknya akan melihat satu pemandangan yang menarik dari atas bangunan itu. Menara ini juga pernah digunakan oleh Galileo Galilei untuk melakukan demonstrasi sainsnya. Ujian yang dilakukan pada tahun 1589 mendapati bahawa setiap objek berlainan berat yang dijatuhkan mempunyai kelajuan yang serupa.

Tiada siapa pun yang berani meramalkan bilakah menara ini akan tumbang. Tetapi ramai yang percaya bahawa binaan ini akan rebah pada suatu hari nanti. Keyakinan ini berasaskan kepada keadaan yang semakin condong berbanding pada peringkat awal pembinaannya. Ukuran yang dibuat pada masa dahulu menunjukkan menara itu condong 0.04 inci setahun. Tetapi sekarang kecondongannya meningkat kepada 0.06 inci setahun. Meskipun tapak asas bangunan itu telah diperkuatkan dengan memasukkan 93 tan konkrit tetapi nampaknya masih tidak dapat menghalang pergerakan bangunan itu. Begitu juga dengan langkah menyalurkan keluar air hujan daripada bahagian bawah masih tidak berupaya mengelakkan daripada terus tenggelam. Pada tahun 1573, usaha untuk menguatkan tapak asas telah dilakukan dengan melekatkan kepingan marmar tetapi malangnya marmar itu telah tenggelam bersama-sama dasar bangunan.

Cabaran terbesar yang dihadapi oleh menara ini ialah kecondongannya bukan disebabkan oleh masalah hakisan, pergerakan tanah atau tindak-tanduk manusia. Pada Perang Dunia Kedua, sebahagian daripada tingkat atas bangunan itu rosak teruk kerana bedilan peluru meriam. Namun, bedilan meriam ini masih gagal meruntuhkan bangunan yang berusia satu kurun itu. Musuh terbesar kepada menara ini ialah daya tarikan graviti yang secara perlahan-lahan menyebabkan bangunan itu sengit sehingga 14 inci daripada kedudukan tegaknya.

Tembok Besar China

   


     Tembok Besar China merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik.

      Panjangnya adalah 8.8518 kilometer (5,500.3 batu) dan tingginya 8 meter dengan tujuan untuk mencegah serbuan bangsa Mongol dari Utara pada masa itu. Lebar bagian atasnya 5 m, sedangkan lebar bagian bawahnya 8 m. Setiap 180-270 m dibuat semacam menara pengintai. Tinggi menara pengintai tersebut 11-12 m.





Kaisar Qin Shihuang
Sejarah Tembok Besar

Tembok besar pertama telah dibina sewaktu pemerintahan Maharaja Pertama Dinasti Qin(Kaisar Qin Shihuang). Kaisar Qin Shihuang mengirimkan Jenderal Meng Tian dengan 300.000 tentara dan tenaga kerja paksa untuk misi dan bagian yang dibangun dari tembok baru. Dari Beijing, sampai ke Datong, Shanxi 1,8 juta orang dipaksa untuk bergabung dengan jajaran buruh untuk pembangunan ini. Disebabkan pekerjaan yang sulit dan kondisi buruk, untuk tetap hidup, banyak orang meninggal dalam perjalanan proyek ini dan terkubur di bawah tembok besar tersebut.Oleh itu, ia juga digelar sebagai 'kubur terpanjang di Bumi'.

Selepas Dinasti Qin, it juga dipelihara oleh dinasti-dinasti seterusnya.

1. Abad ke-1 SM (Dinasti Han)
2. Abad ke-7 (Dinasti Sui)
3. 1138 - 1198 (Zaman Lima Dinasti dan Sepuluh Negara)
4. 1368 - 1640 (Dinasti Ming)


Konstruksi pembangunan

Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama.
Menara penampungan dibangun dengan interior yang besar untuk menyimpan makanan, senjata dan juga sebagai tempat tinggal bagi tentara. Sebuah tangga dari interior menuju ke puncak menara. Di setiap sisi dinding terdapat lubang-lubang kecil untuk mengintai dan menembak.





Fungsi





Selain daripada sebagai kemudahan tentera, Tembok Besar juga telah mengalakkan pembangunan ekonomi China. Pada masa dahulu, penduduk yang menetap di utara China ialah etnik minoriti nomad, orang bangsa Han yang menetap di daerah tengah China membina Tembok Besar secara berterusan untuk melindungi hasil pertanian dan mencegah rompakan kaum nomad. Ia menjamin perkembangan tenaga produktif yang maju, dan juga menggalakkan perkembangan ekonomi di kawasan nomad, agar pertanian dan ekonbomi kaum nomad mencapai perkembangan yang besar.
Di samping itu, Tembok Besar juga menjadi salah satu lambang bangsa China. Ia telah menarik ramai pelancong asing. Pada setiap hari, terdapat ramai pelancong China dan luar negara yang melawat Tembok Besar. Tembok Gerbang Juyongguan Badaling di pinggir Bandar Beijing, Tembok Gerbang Jiayuguan di Provinsi Gansu serta Tembok Gerbang Huangyaguan Tianjin dan Tembok Gerbang Shanhaiguan Provinsi Hebei sudah menjadi destinasi pelancongan Tembok Besar yang terkenal di China dan luar negara.



Piramid Giza



-terletak di Mesir.
-merupakan piramid yang tertua dan terbesar di dunia.
-dibina oleh seorang Raja yang bernama Khufu.
-Piramida Khufu dibuat dengan struktur berupa empat sisi triangular dan dasar segiempat sama sisi.
-100,000 orang telah mengguna selama 20 tahun untuk membina.
-ketinggiannya 146.5m
-merupakan makam untuk salah seorang firaun.
-tanjakan berlingkar dibina di luar struktur piramid bagi mengangkut batu dan menyusunnya bagi membentuk
 piramid.
-Sampai sekarang struktur raksasa yang luar biasa ini belum bisa ditiru oleh teknologi modern.
-Jumlah batu yang digunakan untuk membangun piramida ini berjumlah sekitar 2,5 juta blok batu. 
-masing-masing seberat 2 ton hingga 70 ton dan berat total piramida ini diperkirakan sekitar 6,5 juta ton.
-setiap mayat firaun perlu dimumikan dengan segera untuk mencegah bencana.

-Hal-hal yang menarik:
 -Piramida khufu ternyata memiliki kesejajaran dengan empat arah mata angin pada kompas. 
 -Ini artinya empat sisinya menghadap ke arah utara, timur, selatan dan barat. 
 -mereka membuat struktur dengan karakteristik ini tanpa kompas yang pertama kali  ditemukan sekitar tahun 1500 Mashi.
 -Ini menunjukkan bahwa para arsitek Mesir telah memiliki pengetahuan memadai mengenai arah angin.
 -piramida khufu mewakili hukum-hukum universal yang diekspresikan secara geometri. 
 -Perimeter Piramida, iaitu jarak antara empat sisi di dasarnya ternyata memiliki korelasi dengan lingkaran bumi.
 -Jumlah hari dalam 100 tahun adalah 36.524 hari. Ini sesuai dengan total inci pada perimeter Piramid.
 -Rasio antara tinggi piramida dengan perimeter dasarnya adalah persis 3,14 atau kita kenal juga dengan sebutan Phi.
 -suhu di dalam piramid yang berada pada kondisi tetap,iaitu 68 derajat Fahrenheit, sama persis dengan suhu internal bumi.