Taj Mahal |
Taj Mahal
-terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India
-merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai
monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada
tahun 1632 dan siap tahun 1648.
-Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu merangkumi bahagian
makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain.
28 batu-batuan indah dari berbagai wilayah Asia
digunakan. Seperti batu pasir merah dari Fatehpur Sikri, jasper dari Punjab,
jade dan kristal dari Cina, batu pirus dari Tibet, lapis lazuli dan safir dari
Srilanka, batubara dan batu kornelian dari Arab, dan berlian dari Panna.
Lantainya pun terbuat dari pualam yang bercahaya dari Makrana, Rajasthan.
Sebab-sebab
pembinaan Taj Mahal:
gerbang masuk utama
|
Bangunan itu berawal dari sebuah janji. Berpangkal
dari tahun 1631, saat Mumtaz Mahal terbaring sekarat di sisi suaminya Shah
Jehan, setelah melahirkan anak ke-14 bagi sang raja. Perempuan itu menagih
empat janji dari sang raja. Pertama memohon dibangunya sebuah Taj, kedua
memintanya tidak kimpoi lagi, ketiga menuntut perlakuan baik suaminya pada
anak-anak mereka, dan terakhir memintanya untuk mengunjungi makamnya secara
teratur. Tak lama kemudian Mumtaz mahal pun meninggal.
taman yang mengelilingi
bangunan utama
|
Shah Jehan sangat terpukul dengan kematian
istrinya, namun ia segera mewujudkan janji bagi sang isteri tercinta. Maka ia
memerintahkan pembangunan sebuah Taj pada 1631. Selama 2 tahun Shah Jehan
mengurung diri dan berkabung. Lantas pada 1633, ia akhirnya menekankan
pembangunan sebuah makam bagi isterinya di dalam bangunan yang sedang dikerjakan
itu.